"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bunuh, potong, rebus kekasih

Agensi
POLIS mengesyaki Manoj Sane (kiri) membunuh Saraswati Vaidya. FOTO Agensi
POLIS mengesyaki Manoj Sane (kiri) membunuh Saraswati Vaidya. FOTO Agensi
New Delhi: Polis di India menahan seorang lelaki kerana didakwa membunuh kekasihnya di rumah mereka, memotong badan mangsa menjadi beberapa bahagian dan merebusnya di dalam periuk tekanan (pressure cooker).

The Straits Times melaporkan, insiden itu terbongkar selepas seorang jiran menyedari bau busuk yang dari unit pangsapuri di tingkat tujuh sebuah bangunan, milik suspek, Manoj Sane, dan memaklumkannya kepada polis, Rabu lalu.

Apabila polis tiba dan memecahkan pintu rumah itu, mereka menemui bahagian badan mangsa di dalam beberapa baldi, dan bahagian lain dihancurkan dalam pengadun dan direbus dalam periuk tekanan.

Polis berkata, bahagian mayat itu dikenal pasti sebagai kekasih Manoj iaitu Saraswati Vaidya, 32, dan mengesyaki pembunuhan itu berlaku awal minggu ini.

"Lelaki itu dipercayai membunuh pasangan kekasihnya dan membelah badan mangsa menggunakan pemotong pokok. Bahagian tubuh (mangsa) dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Jayant Bajbale.

Manoj, 56, ditahan pada Rabu dan akan direman sehingga 16 Jun ini.

Jiran memberitahu media bahawa mereka tidak mendengar pasangan kekasih itu bergaduh.

Polis berkata, Manoj merebus cebisan badan pasangannya untuk menghilangkan bau busuk dan memasukkannya ke dalam beg plastik untuk dilupuskan.

Media India melaporkan bahawa apabila disoal siasat, Manoj mendakwa Saraswati, yang dibesarkan di rumah anak yatim, membunuh diri dengan memakan racun.

Menurut Manoj, didorong oleh kebimbangan bahawa dia boleh didakwa bersubahat dalam pelakuan membunuh diri itu menyebabkan dia cuba membuang mayat Saraswati dengan memotong mayat wanita itu.

"Dia juga memberitahu polis bahawa Saraswati memutuskan untuk menamatkan hidup dan tidak menyesalinya," lapor agensi berita ANI dan polis sedang mengesahkan dakwaan Manoj itu.

Polis berkata, Saraswati sering mengunjungi kedai runcit tempat Manoj bekerja dan mengenalinya dengan baik.

Menurut NDTV, mereka berkawan rapat sejak 2014 dan mula tinggal bersama pada 2016. Mereka berpindah ke pangsapuri sekarang, tiga tahun lalu.

Tiada ulasan: