"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dakwaan helikopter hantar budak ke sekolah dapat perhatian polis

Lynelle Tham

Seorang penduduk di Shah Alam merakam sebuah helikopter mendarat di kawasan lapang di sebuah kawasan perumahan.
PETALING JAYA: Polis akan membuat laporan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) selepas sebuah helikopter dilihat mendarat di sebuah kawasan lapang di Shah Alam, dikatakan untuk menghantar seorang kanak-kanak ke sekolah.

Ketua Polis Shah Alam Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menyerahkan kepada CAAM untuk siasat sama ada pengendali pesawat itu memiliki permit sah apabila ia mendarat di kawasan perumahan itu pada 17 April lalu.

“Kita belum terima sebarang laporan tentang kejadian itu,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, seorang penduduk berkongsi dengan FMT video memaparkan helikopter itu berlepas dari sebuah kawasan lapang berdekatan kawasan perumahan di Shah Alam itu. Sekeping gambar menunjukkan seorang kanak-kanak berjalan meninggalkan helikopter itu dengan juruterbang berdiri di tepi pesawat.

Penduduk itu, yang minta tidak dinamakan, mendakwa kanak-kanak itu kemudian memasuki pintu belakang sebuah sekolah.

Dia mendakwa ini kali kedua sebuah helikopter mendarat di situ, namun penduduk tidak merakam kejadian pertama.

“Pada 5 Mei, saya timbulkan hal ini dengan pihak sekolah menerusi Facebook, bukan sahaja untuk mengadu tentang isu helikopter ini tetapi juga menyuarakan kebimbangan tentang ibu bapa meletak kenderaan di tepian jalan di kawasan perumahan kami,” katanya.

Penduduk itu berkata helikopter tidak lagi kelihatan sejak sekolah dimaklumkan.

FMT sedang mendapatkann komen CAAM dan Kementerian Pengangkutan.

Tiada ulasan: