"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bagaimana 4 beradik selamat selepas 40 hari dalam hutan Amazon?

Agensi
TENTERA Colombia memeriksa salah seorang daripada empat beradik itu selepas mereka ditemukan di hutan hujan Amazon. FOTO AFP
EMPAT beradik itu masih menerima rawatan di sebuah hospital tentera. FOTO 
Bogota: Empat kanak-kanak yang terselamat selepas berminggu-minggu terperangkap di hutan Amazon di Colombia, sudah semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital tentera dan bertemu kembali dengan ahli keluarga mereka.
EMPAT beradik itu masih menerima rawatan di sebuah hospital tentera. FOTO AFP
Adik-beradik itu, Lesly Jacobombaire Mucutuy, 13; Soleiny Jacobombaire Mucutuy, 9, Tien Noriel Ronoque Mucutuy, 4, dan Cristin Neriman Ranoque Mucutuy, 11 bulan, antara penumpang sedang dalam perjalanan dengan pesawat Cessna 206 ketika ia terhempas pada 1 Mei lalu, berhampiran wilayah Guaviare.

"Empat beradik itu sangat gembira melihat dan bertemu semula ahli keluarga", kata datuk mereka, Fidencio Valencia, lapor BBC.

Seorang pegawai hospital mengatakan empat beradik itu sudah mahu bercakap sedikit, malah dua daripada mereka sudah mula bermain.

Empat kanak-kanak itu ditemukan pada Jumaat lalu selepas lebih sebulan pencarian oleh tentera dan penduduk tempatan.

Dalam kejadian berkenaan, pesawat yang mereka naiki terhempas pada 1 Mei lalu, menyebabkan ibu mereka, Magdalena Mucutuy dan dua juruterbang terbunuh.

Pasukan penyelamat mengesan mereka di dalam hutan pada hari ke-40 apabila menemui kesan tapak kaki dan buah yang sudah digigit.

Dua daripadanya masih terlalu kecil, termasuk bayi tidak sampai setahun dan budak empat tahun, menghabiskan masa di dalam hutan dengan jagaan kakak sulung Lesly, 13.

"Mereka terselamat dengan memakan tepung dan biji benih yang mereka temukan dalam serpihan pesawat dan selain buah di hutan," kata Valencia.

Nenek kanak-kanak itu, Fatima berkata, anak sulung daripada empat beradik itu sudah biasa menjaga tiga yang lain ketika ibu mereka bekerja, dan ini membantu mereka bertahan di dalam hutan.

"Dia memberi mereka tepung dan roti ubi kayu, apa-apa buah dalam semak, mereka tahu apa yang mereka boleh makan," kata Cik Valencia dalam rakaman yang diperoleh EVN.

Ketika kejadian, Mucutuy sedang dalam perjalanan bersama anak-anaknya ke Bogota untuk bertemu suaminya Manuel Ranoque untuk bersama-sama memulakan hidup baharu.

Mereka sebelum itu tinggal di rizab orang asli Puerto Sabalo.

Tiada ulasan: