"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis mohon bantuan kesan Yusshakina

ASLIZA MUSA
Yusshakina hilang sejak Oktober tahun lalu.
IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Oktober tahun lalu.

Laporan kehilangan Yusshakina Mohd. Zulkepeli, 34, itu dibuat ibunya pada 21 Oktober 2022 di Balai Polis Kampung Tawas dekat sini.

Difahamkan, wanita itu tinggal berasingan dengan keluarganya dan kali terakhir mereka berhubung pada 5 Disember 2021 sebelum dia gagal dihubungi sehingga kini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mejar Cheam Aik Theng di talian 019-5580986.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: