"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sebutan kes ahli perniagaan didakwa lakukan hubungan seks guna objek 17 Julai

Bernama

Kes seorang ahli perniagaan yang didakwa atas pertuduhan melakukan hubungan seks dengan seorang pegawai bank menggunakan objek tanpa kebenarannya di tandas wanita ditetapkan untuk sebutan pada 17 Julai.

Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin, 42, yang juga bekas Pengarah Logistik dan Keselamatan Gerak Gempur Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Shah Alam didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita berusia 25 tahun di dalam tandas restoran di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang di Kuala Lumpur pada 5 pagi, 2 Jan lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali bahawa pihaknya telah menyerahkan dokumen berkaitan kes tersebut kepada pihak pembelaan hari ini.

"Pihak pendakwaan memohon satu tarikh sebutan lain ditetapkan untuk menyerahkan baki dokumen tersebut dan dokumen berkenaan akan diserahkan pada sebutan kes akan datang," kata Nidzuwan semasa sebutan kes itu.

Peguam Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria yang mewakili Wan Mohammad Ashraf mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen tersebut. Peguam Datuk Ishak Mohd Yusoff turut mewakili tertuduh.

- Bernama

Tiada ulasan: