"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tak tahan asyik disaman, lelaki parkir van atas bumbung

KOSMO!
Gambar yang dirakam pada Khamis lalu menunjukkan dua buah van diletakkan di atas bumbung sehingga menimbulkan keresahan jiran-jiran. - CNA
TAIPEI, Taiwan – Seorang lelaki yang merupakan jurutera awam di Taichung, Taiwan menyewa kren untuk meletakkan dua buah  van di atas bumbung bangunan kediamannya, lapor portal berita Mothership hari ini.

Penduduk setempat mendapati dua van itu diletakkan di atas bumbung dan melaporkannya kepada pihak berkuasa tempatan kerana bimbang ia berbahaya, demikian menurut Central News Agency (CNA).

Lelaki itu berkata, pada mulanya, dia meletakkan kedua-dua vannya di bahu  jalan  tetapi berulang kali disaman kerana meletakkan kenderaan bukan di ruang pakir.

Dia menggunakan van itu sebagai ruang penyimpanan kerana tidak dapat memuatkan semua peralatan kejuruteraan awam  di rumahnya, lapor saluran televisyen kabel satelit , EBC News.

Kedua-dua van itu dipercayai berada di atas bumbung tersebut sejak dua tahun lalu, kata  Lin Kuan-jen yang merupakan  ketua daerah tempatan seperti laporan CNA.
Kuan-jen berkata, dia telah meminta lelaki itu memindahkan kedua-dua  van miliknya kerana penduduk setempat bimbang  kenderaan itu berisiko menghempap mereka.

Pada Mac lalu, lelaki itu berkata, dia telah menemui tempat kosong untuk kenderaan itu tetapi masih belum memindahkannya

Walaupun lelaki berkenaan didapati tidak melanggar mana-mana undang-undang, dia diberitahu supaya mengalihkan kenderaan itu bagi menjaga keselamatan orang awam. – Agensi

Tiada ulasan: