"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Program usrah Pas di kedai kopi diboikot kembali tular

HarapanDaily.com
Program usrah Pas di kedai kopi diboikot kembali tular
Tular kembali gambar sekumpulan pemuda Pas dipercayai dalam program usrah di kedai kopi ‘kayangan’ yang sedang diboikot sebagai solidariti bersama Palestin.

Salah satu gambar yang tular itu menunjukkan cawan kopi tertera nama ‘Bilal’ di sebelah buku berjudul, “Manhaj Usrah Pas Peringkat Takwin 1”.

Satu foto lagi memaparkan sekumpulan pemuda dengan empat daripadanya berkopiah putih.

Rata-rata netizen menempelak ‘nafsu’ besar ahli dan penyokong Pas menjamah minuman kopi di premis yang dikaitkan dengan sokongan kepada pengganas Israel itu.

Malah, orang ramai berpendapat jika tiada hubungan secara langsung mahupun tidak langsung dengan rejim Zionis sekali pun, sebagai penyokong sebuah parti Islam kononnya, mereka tidak wajar menonjolkan gaya ‘cool’ lepak di kedai kopi ‘kayangan’.

Semakan di laman web https://bdnaash.com/ mendapati jenama itu antara senarai panjang produk dan syarikat yang menyokong pendudukan haram Israel.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyeru rakyat Malaysia supaya memboikot semua syarikat atau produk yang menyumbang kepada ekonomi Israel.

Tegasnya, terdapat juga syarikat atau restoran yang menderma makanan secara percuma kepada tentera Israel yang menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

“Setakat ini rakyat beberapa negara sudah mengambil tindakan memboikot restoran berkenaan termasuk Arab Saudi, Mesir, Lubnan dan Kuwait.

“Amerika Syarikat perlu ‘disedarkan’ supaya menghentikan dasar ‘double standard’ yang dipraktikkannya selama ini,” kata Wan Salim.

Tambahnya, AS menyokong Republik Ukraine menentang Russia tetapi di Palestin menyebelahi Israel dan membantu pula menyerang rakyat yang berjuang mengembalikan hak serta negara mereka selepas dirampas rejim itu sejak 1948.

Pembantaian pengganas Zionis Israel di Palestin menyaksikan lebih 25,000 tan bahan letupan digugurkan di Gaza sejak permulaan perang dahsyat pada 7 Oktober lalu.

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med (Euro-Med Monitor) dalam kenyataan hari ini berkata, jumlah bom digugurkan itu menyamai dua bom nuklear.

Pertubuhan yang berpangkalan di Geneva itu berkata, tentera Israel mengaku mengebom lebih 12,000 sasaran di Semenanjung Gaza, dengan rekod bom melebihi 10 kilogram (kg) bahan letupan setiap satu.

Sebagai perbandingan, berat bom nuklear yang dijatuhkan Amerika Syarikat (AS) di Hiroshima dan Nagasaki di Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua pada Ogos 1945 dianggarkan kira-kira 15,000 tan bahan letupan.

Tiada ulasan: