"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Duda tumbuk, tendang anak mengaku tak salah miliki parang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang duda yang ditahan selepas menumbuk anak kandungnya, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini atas kesalahan memiliki senjata berbahaya.

Mohamad Zairi Mohamad Nawi, 37, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Rohaida Ishak, menurut Sinar Harian.

Lelaki itu didakwa memiliki sebilah parang berhulu plastik merah tanpa sebarang maksud sah di tepi jalan Kampung Perah, Gerik kira-kira 3.45 petang 30 Okt lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Tertuduh ditahan selepas polis menerima laporan ahli keluarga mendakwa dia memukul anak lelakinya berusia 12 tahun kira-kira 5 petang 29 Okt lalu, selain melibas parang sehingga hampir terkena mangsa.

Lelaki itu dikatakan tiba-tiba menumbuk dan menendang belakang badan anaknya hingga mengakibatkan kecederaan tisu lembut di belakang badan dan paha.

Rohaida tidak menawarkan sebaranh jaminan dan menetapkan 6 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Tiada ulasan: