"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Samun: Pura-pura tegur sebelum cekik

Abdul Rahemang Taiming
bhnews@bh.com.my
TANGKAP layar video tular menunjukkan cubaan samun di Jalan Pelabuhan Tawau.
TANGKAP layar video tular menunjukkan cubaan samun di Jalan Pelabuhan Tawau.
TAWAU: Seorang lelaki menegur dan memberitahu seorang wanita kononnya tayar kereta dipandu pancit sebelum cuba menyamun mangsa di tempat letak kenderaan di Jalan Pelabuhan Tawau, di sini, hari ini.

Tindakan itu bagaimanapun disedari orang awam yang kemudian tampil membantu mangsa wanita berkenaan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata susulan laporan dibuat mangsa berumur 32 tahun itu, pihaknya kini giat mengesan suspek.

Katanya, dalam kejadian 10 pagi itu, mangsa didatangi lelaki tidak dikenali ketika mahu masuk ke dalam kereta sebelum menegur dan mengatakan tayar kereta wanita itu pancit.

"Dia kemudian tiba-tiba mencekik leher wanita itu dan cuba mengambil barangan berharga milik mangsa tetapi gagal. Kejadian itu disedari orang awam dan ada antara mereka merakam video guna telefon bimbit.

"Suspek kemudian melarikan diri," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini dan memaklumkan kejadian tular itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Inspektor Izzul Adha Mohd Razali di talian 019-7705577 atau hadir di mana-mana balai polis berdekatan.

Tiada ulasan: