"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing cedera di bahu dipercayai terkena tembakan di kebun getah

Bernama

ALOR SETAR: Lelaki  dalam kejadian di kawasan kebun getah di Naka, dekat Padang Terap, semalam.

Ketua Polis Padang Terap Mulkiaman Manzar, berkata pihaknya menerima laporan pada 5.45 petang, sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

Polis menerima laporan dari orang awam yang memaklumkan seorang lelaki mengalami kecederaan di bahu disyaki terkena tembakan semasa berada di dalam kebun getah berkenaan. Penoreh getah berumur 40-an itu telah dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk rawatan lanjut, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Tiada ulasan: