"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar tingkatan dua terima 40 jahitan diserang tiga remaja kerana telefon bimbit

Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my

Raub: Remaja lelaki parah dipercayai diserang tiga remaja yang meminta mangsa menggantikan telefon bimbit yang dirosakkan di Taman Sempalit Aman dekat sini, 19 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, dalam kejadian 10.15 pagi itu, remaja berusia 14 tahun itu menerima 40 jahitan selepas diserang di kepala, selain terjatuh ke dalam longkang.

"Penyerang adalah remaja berusia antara 16 hingga 17 tahun. Mangsa mengenali penyerangnya dan pergaduhan dipercayai berlaku selepas ketiga-tiga mereka menuntut menggantikan telefon bimbit baharu.

"Sebelum serangan berlaku, adik mangsa secara tidak sengaja merosakkan telefon bimbit baharu milik salah seorang suspek.

"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian suspek tidak berpuas hati dengan mangsa selepas gagal menggantikan telefon bimbit yang rosak itu," katanya di sini, hari ini.

Katanya, mangsa membuat laporan polis jam 11.15 pagi semalam dan ketiga-tiga mereka berjaya ditahan sebelum direman sehingga esok

"Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya.

Tiada ulasan: