"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami isteri selisih faham, polis rampas sepucuk pistol, 18 peluru

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my

Hulu Selangor: Tindakan seorang lelaki menyimpan sepucuk pistol bersama kelopak dan 18 butir peluru mengundang padah apabila dia ditahan polis, 18 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada isteri suspek berusia 42 tahun berhubung penemuan itu.

Beliau berkata, pengadu dan suaminya sebelum itu berselisih faham sejak empat tahun lalu.

"Susulan laporan, polis menyerbu rumah suspek di daerah ini pada 11 malam hari sama.

"Pemeriksaan menemui pistol jenis Styer, kelopak dan 18 butir peluru hidup," katanya dalam kenyataan, malam ini.

Mohd Asri berkata, semasa rakaman percakapan isteri suspek memaklumkan anaknya memberitahu suspek memiliki pistol semasa ketika ingin mengambil duit belanja sekolah di dalam beg.

Katanya, semakan mendapati suspek memiliki pistol itu sejak 2014 dan tidak mempunyai lesen senjata api yang sah.

"Saringan air kencing lelaki itu didapati negatif selain tidak mempunyai rekod lampau.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 19 Julai hingga Jumaat depan bagi membantu siasatan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Tiada ulasan: