"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mayat lelaki Indonesia tersangkut pada jaring nelayan

Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my

Sekinchan: Mayat seorang lelaki warga Indonesia tidak berpakaian ditemukan tersangkut pada jaring nelayan di kedudukan dua batu nautika dari Pantai Redang, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Khalid Mohamad berkata, terdahulu, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita yang memaklumkan botnya karam, 6 pagi kelmarin.

Beliau berkata, bot terbabit membawa empat kru di mana tiga daripadanya berjaya diselamatkan bot berhampiran, manakala seorang lagi hilang.

"Pada 5.20 petang semalam, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam menerima maklumat berhubung penemuan mayat.

"Kira-kira 10 minit kemudian, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan pergi ke kedudukan dua batu nautika Pantai Redang untuk membawa naik mayat mangsa yang kemudian diserahkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khalid berkata, hasil pemeriksaan fizikal, tiada sebarang kecederaan dan unsur jenayah pada badan mangsa.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat," katanya.

Tiada ulasan: