"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anggota polis parah tertembak diri sendiri

Dewi Nur Harasha Alias

GEORGE TOWN: Seorang anggota Polis di Pulau Pinang parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK) di George Town petang tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian dilaporkan berlaku jam 6.12 petang. sewaktu anggota berusia 58 tahun itu bertugas di Cawangan Kem Komandan, di IPK.

Hamzah berkata, mangsa ditemui dalam keadaan cedera di bahagian kepala di bilik pengawal di IPK, akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk pistol.

Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Hamzah berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati satu das tembakan telah dilepaskan daripada senjata yang digunakan oleh anggota tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.

Hamzah berkata, anngota tersebut kini sedang menerima rawatan di Zon Merah Jabatan Kecemasan HPP.

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes itu sehingga boleh mengganggu siasatan pihak polis.

Tiada ulasan: