"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Abu Hafiz Salleh Hudin, Pensyarah UIAM jawab Hadi

Harapandaily

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abu Hafiz Salleh Hudin menyifatkan tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai sangat berterabur.

Mengulas Minda Presiden hari ini yang bertajuk “Perkukuhkan kuasa Islam di Malaysia untuk selamatkan negara”, Abu Hafiz berkata, artikel tersebut mempunyai mukadimah yang agak panjang tetapi cuba dikaitkan dengan isu yang dibawa.

Menurutnya, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang telah melambakkan 11 ayat al-Quran dalam tulisan itu secara terpisah dengan kesimpulan yang tersasar.

Sehubungan itu, beliau mempersoal Hadi apabila menamakan Perlembagaan Persekutuan sebagai perlembagaan sekular dan merendahkan martabat kuasa Islam.

“Anda telah menjadi Ahli Parlimen selama tujuh penggal sejak 1990.

“Saya ingin bertanya, Perlembagaan yang digambarkan sekular dan merendahkan Islam itu adalah Perlembagaan yang Presiden melalui Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

“Seorang yang masih Ahli Parlimen menyerang Perlembagaan yang beliau sudah pun berjanji selama tujuh kali untuk mempertahan dan melindungi Perlembagaan,” ujarnya.

Dalam masa sama, Abu Hafiz berpendapat tulisan Hadi itu sangat berbaur politik bukan murni sebagai satu teguran yang baik.

“Anda telah bersumpah mempertahankan dan anda label ia sebagai satu Perlembagaan sekular dan merendahkan kuasa Islam, tapi kemudian mengambil gajinya,” tempelak beliau lagi.

Tiada ulasan: