"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Batu 50kg timpa kepala, penunggang maut

FMT Reporters

PETALING JAYA: Buruh maut selepas kepalanya ditimpa bongkah batu 50kg ketika menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong, George Town.

Dalam kejadian pada 12.45 pagi Jumaat lalu, lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan muka.

Timbalan Ketua Polis Timur Laut, Lee Swee Sake, berkata batu berkenaan jatuh daripada lereng bukit ketika mangsa dari arah Bayan Lepas menghala ke Farlim.

“Setibanya di lokasi kejadian tiba-tiba satu objek batu anggaran 50kg telah terjatuh dari lereng bukit dan kemudian terkena kepala mangsa.

“Akibat impak tersebut, mangsa yang sedang menunggang motosikal kemudian terjatuh di atas jalan,” katanya menurut Kosmo.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: