FMT Reporters
PETALING JAYA: Tujuh pelajar antara lapan remaja ditahan bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di kawasan bulatan dekat Tamu Kota Belud, semalam.
Ketua Polis Kota Belud Shahrudin Mat Husain berkata semua lelaki berusia 14 hingga 18 tahun itu ditahan kira-kira 2 petang semalam susulan laporan diterima pada 1 pagi hari sama.
“Hasil siasatan lanjut mendapati pergaduhan berpunca daripada cemburu berkaitan teman wanita,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, tujuh pelajar dan seorang lagi yang tidak bersekolah ditahan di IPD Kota Belud bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan mengganggu ketenteraman awam.
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi dan menyebarkan video kejadian itu.
Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan diminta ke IPD Kota Belud atau menghubungi pegawai kes ini, Railey Samiar di talian 016-8143490 untuk membantu siasatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan