"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Atlet bina badan meninggal dunia selepas berlari atas 'treadmill'

Astro Arena

Polis Jerman masih belum mengumumkan punca kematian mengejut ahli bina badan itu. - Gambar/ Stadium Astro

VITTORIO Pirbazari, atlet bina badan Jerman yang membuat penampilan dalam siri Netflix 'Dogs of Berlin', meninggal dunia secara mengejut ketika berusia 44 tahun ketika berlari di atas treadmill.

Pirbazari dipercayai rebah ketika berltaih di gimnasium 31 Mac lalu. Perkhabaran itu telah disahkan oleh pelakon dan pembikin filem, Said Ibrahim, yang memberikan penghormatan terakhir menerusi Instagram.

"Vito seorang yang memiliki semangat seorang kanak-kanak berusia 10 tahun," tulis Ibrahim.

Ibrahim mencadangkan bahawa Pirbazari mungkin mengalami serangan jantung, walaupun ini belum disahkan secara rasmi. Polis Jerman masih belum mengumumkan punca kematian mengejut ahli bina badan itu, lapor Daily Mail. - Stadium Astro


Tiada ulasan: