Seru pemimpin parti tidak menghasut sebar kebencian, penyokong Pas pula ‘naik angin’
Harapandaily
Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO Malaysia, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilihat menjadi sasaran kecaman penyokong Pas lantaran hantaran beliau bertajuk, “Membenci Adalah Penyakit Hati”.
Khairuddin yang juga bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkata, setiap pemimpin parti bertanggungjawab untuk memimpin pengikut dan pendukung untuk berpolitik secara adil.
Menurutnya, pemimpin parti juga perlu mendukung mana-mana kebenaran yang datang daripada parti mana sekalipun dan tidak menghasut menyebarkan kebencian sesama rakyat.
“Akhlak mesti menjadi hiasan diri setiap orang khususnya warga politik.
“Jika seorang pengikut berakhlak buruk dengan maki hamun, dosanya dibimbangi turut ditanggung oleh pemimpin jika tiada usaha menegur dibuat.
“Pemimpin tidak boleh membiarkan pengikut bertindak di luar batas akhlak Islam hanya kerana tindakannya dilihat menyokong satu pendirian parti,” kata Khairuddin.
Penasihat Agama kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu turut berkongsikan peringatan Nabi Muhammad SAW terhadap pemimpin, “Setiap kamu adalah penjaga (pengembala) dan setiap kamu pasti disoal tentang jagaannya (gembalaannya)”.
“Kita tidak boleh membiarkan haters para pembenci berkeliaran di media sosial tanpa teguran,” kata Khairuddin lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan