"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Bangladesh maut langgar bongkah, bukan ditimpa batu

FMT Reporters

Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata berdasarkan kesan batu pecah mangsa disyaki berlanggar dengan batu yang jatuh lebih awal.
Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kanvas telah dipasang untuk mengelak batu dari terjatuh terus ke jalan raya sebagai penyelesaian jangka masa pendek. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Buruh warga asing yang maut di Jalan Paya Terubong, Pulau Pinang bukan meninggal dunia ditimpa batu, sebaliknya melanggar batu seberat 50kg yang jatuh lebih awal dari lereng bukit.

Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari, berkata hasil kajian turut mendapati bongkah batu itu dipercayai bergolek dari permukaan cerun dan berlanggar dengan bongkah lain di longkang bahu jalan, sebelum sepenuhnya jatuh di permukaan jalan.

“Berdasarkan kesan batu pecah dan kedudukan mangsa, mangsa disyaki berlanggar dengan batu yang telah jatuh lebih awal. Bukan dihempap batu seperti yang dilaporkan,” katanya menurut Bernama.

Dalam kejadian pada 12.45 pagi Jumaat lalu, polis berkata lelaki warga Bangladesh berusia 34 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan muka.

Dalam pada itu, Zairil berkata kanvas telah dipasang untuk mengelak batu dari terjatuh terus ke jalan raya sebagai penyelesaian jangka masa pendek, manakala pelan mitigasi jangka masa panjang sedang diperhalusi di peringkat jabatan.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan jalan itu.

Tiada ulasan: