"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemuda berseluar dalam menyorok dalam tandas, dicekup khalwat dengan janda

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kluang: Lelaki berseluar dalam bertindak menyorok menyorok di belakang pintu tandas ssebuah inap desa, di sini, ketika pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Bagaimanapun, taktiknya tidak menjadi apabila dia dicekup berkhalwat bersama janda dalam pemeriksaan pada 2.10 pagi itu.

Menurut JAINJ, ketika pemeriksaan dilakukan pihaknya, pintu bilik inap desa itu dibuka seorang wanita berstatus janda yang hanya berkemban dan memakai baju tanpa lengan.

"Penguat kuasa kemudiannya memperkenalkan diri sebelum masuk untuk menjalankan pemeriksaan.

"Penguat kuasa JAINJ kemudiannya menolak pintu tandas sebelum menemui seorang lelaki sedang bersembunyi di belakang pintu.

"Lebih mengejutkan, lelaki terbabit hanya memakai seluar dalam tanpa berbaju," katanya.

Menurutnya, hasil soal siasat mendapati keduanya yang berusia lingkungan 20-an mengaku bukan pasangan suami isteri sebaliknya sudah lama mengenali sejak zaman persekolahan.

"Apabila ditanya tujuan menyewa bilik inap desa berkenaan, mereka mendakwa hanya mahu berehat dan meluangkan masa bersama.

"Pasangan itu turut mengakui mempunyai hasrat untuk mendirikan rumah tangga namun belum menetapkan sebarang tarikh pernikahan," katanya.

Mereka kemudiannya ditahan kerana disyaki berkhalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Johor) 1997 untuk tindakan lanjut dan pendakwaan di Mahkamah Syariah.

Tiada ulasan: