"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki suap bayi 5 bulan minuman keras ditahan

FMT Reporters

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki memberi minuman keras kepada bayi yang ketika itu dipercayai berusia lima bulan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya memberi minuman keras kepada bayi berusia lima bulan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal berkata, suspek yang mempunyai 14 rekod jenayah lampau itu ditahan di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada jam 1.30 petang. 

“Kejadian itu didapati berlaku pada Mac lalu di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, Teluk Bahang.

“Video itu dipercayai dirakam rakan suspek dan ketika itu bayi lelaki berkenaan baru berusia lima bulan,” katanya, menurut laporan Berita Harian.

Kamarul Rizal berkata, mangsa berusia sembilan bulan itu kini berada dalam keadaan sihat dan sudah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 30 saat memaparkan lelaki memberi minuman keras kepada seorang bayi.

Tiada ulasan: