"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahiaddin PM paling teruk dalam sejarah negara

FAZLI RADZI

Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dianggap Perdana Menteri paling teruk dalam sejarah negara ekoran kegagalan memerangi Covid-19 yang telah menyaksikan penularan varian membimbangkan (VOC) serta peningkatan kes sporadik dalam komuniti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad berkata, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sama sekali tidak peduli masalah dihadapi majoriti rakyat yang terpukul akibat pandemik itu yang kini telah melepasi 700,000 kes keseluruhan.

“Perdana Menteri yang paling teruk dalam sejarah negara. Langsung tak kisah mengenai derita rakyat dan bagaimana kerajaannya sedang gagal segagal-gagalnya.

“Kes Covid, walaupun mula turun tetap beribu, ekonomi down, syarikat gulung tikar. Yang dia (Mahiaddin) kisah, “Aku masih PM..”,” selarnya menerusi Twitter.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi AMANAH berkata demikian mengulas pembentukan sebuah jawatankuasa bagi meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Kelmarin, Mahiaddin berkata, sebuah jawatankuasa yang dianggotai wakil kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk meneliti aspek penting sebelum persidangan Parlimen diadakan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, dia memberikan komitmen bahawa keputusan pembukaan persidangan Parlimen akan diputuskan oleh kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang dalam jawatankuasa berkenaan.

Tiada ulasan: