"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nyawa Bersatu tidak lama, pelapis pula dari kluster ‘katak’

MALAYSIA DATELINE

Nyawa dan masa depan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan bertahan lama jika jawatan Perdana Menteri beralih ke tangan parti lain.

Dr Puad Zarkashi berkata, jangka hayat Bersatu ketika ini sangat bergantung kepada Mahiaddin Md Yassin selagi jawatan Perdana Menteri di tangan parti itu.

Katanya, kekuatan Bersatu tidak sekukuh mana kerana daripada akar umbi hanya ada beberapa cawangan, bahagian dan ahli yang tidak begitu ramai.

“Kalau pun PN masih kerajaan tetapi jawatan Perdana Menteri di tangan parti lain, nyawa PPBM tidak lama,” kata beliau.

Masalah paling besar yang dihadapi Bersatu, katanya parti itu tidak mempunyai pelapis tulin sebaliknya mereka yang menonjol dalam Bersatu datangnya daripada kluster ‘katak’.

Beliau tidak menolak keadaan sekarang akan menyukarkan Mahiaddin kerana beliau menolak Titah YDP Agong dan Majlis Raja Raja Melayu jika sidang Parlimen tidak dilaksana “secepat mungkin”.

“Sebaliknya UMNO, sudah tiga tahun hidup tanpa jawatan Perdana Menteri. Ia kekal berakar umbi dan hidup,” katanya.

Tiada ulasan: