"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 beradik ditemukan lemas di kolam hotel

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua beradik ditemukan lemas di kolam renang ketika beriadah bersama keluarganya di sebuah hotel, di Ipoh, semalam.

Ketua Polis Ipoh Yahaya Hassan, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada 6.10 petang, semalam.

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat dua mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dan adik lelakinya berusia lapan tahun yang datang untuk mandi-manda di kolam renang itu bersama bapa dan abang.

“Dua beradik berasal dari Ipoh itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menaiki ambulans dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.

“Hasil bedah siasat ke atas mayat kedua-dua mangsa mendapati punca kematian akibat lemas,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) kerana mengabai dan mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Tiada ulasan: