"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal ibu tunggal dan suami orang berakhir tragedi

Agensi
YUKI Tsuchiya (kiri) dan Ayumi Ito. FOTO Facebook
YUKI Tsuchiya (kiri) dan Ayumi Ito. FOTO Facebook
Tokyo: Mayat ibu tunggal berusia 33 tahun di Jepun ditemukan dalam keadaan anggota badannya dikerat di rumah seorang lelaki yang sudah berkahwin dan didakwa menjalin hubungan sulit dengannya.

The Straits Times melaporkan, anggota badan Ayumi Ito, ditemukan di balkoni rumah suspek di wilayah Shizuoka di pantai selatan Jepun, serta di dalam keretanya.

Polis kemudian menahan suspek, Yuki Tsuchiya, 31, pada 23 Februari lalu, lapor Fuji News Network.

Jenayah itu dipercayai dilakukan pada 21 Februari lalu.

Hasil soal siasat mendapati Tsuchiya mengaku dia yang mencincang mayat Ito di rumahnya.

Portal NHK, memetik sumber yang tidak dinamakan, melaporkan pada Isnin, Tsuchiya memberitahu penyiasat dia memukul kepala Ito dengan objek tumpul di dalam keretanya, dan menggunakan tali untuk menjerut leher mangsa.

Jiran dilaporkan mendengar bunyi yang mencurigakan datang dari rumah lelaki itu di Numazu, sebuah bandar di Shizuoka, tempat tinggal suspek bersama isteri dua anak kecil dan bapanya yang sudah berusia.

Seorang jiran dalam lingkungan 60 tahun memberitahu NHK bahawa dia mendengar bunyi 'ketukan' pada malam 20 atau 21 Februari lalu.

Ito tinggal di Iwata, kira-kira 130 kilometer (km) jaraknya dari Numazu, atau dua jam tempoh memandu.

Keretanya ditemukan di tempat letak kereta kira-kira 280 meter dari rumah suspek.

Ito dipercayai bertemu dengan Tsuchiya pada tahun lalu ketika mereka menjadi ahli jawatankuasa yang menyumbang kepada pembangunan wilayah Shizuoka.

Menurut tangkap layar halaman LinkedInnya yang sudah dipadam, Tsuchiya bekerja sebagai penasihat di sebuah syarikat insurans, sejak 2020.

Kes pembunuhan di Jepun itu selepas dunia digemparkan dengan berita kematian tragis sosialit, model dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi, 28, yang mayat ditemukan tanpa kepala, Jumaat lalu.
-hmetro 

Tiada ulasan: