"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ummi masih tak taubat?

Ahmad Hasbi

am@hmetro.com.my
AHMAD Zaki (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan dalam serbuan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung kegiatan ajaran sesat Asmaul Husna pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JHEAINS. FOTO AZRUL EDHAM
AHMAD Zaki (dua dari kanan) menunjukkan barang rampasan dalam serbuan dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung kegiatan ajaran sesat Asmaul Husna pada sidang media di Pejabat Penguatkuasa JHEAINS. FOTO AZRUL EDHAM
Seremban: Pengasas ajaran sesat kumpulan zikir 'Asmaul Husna' didapati masih meneruskan ajaran terbabit di kediamannya di Johol, Kuala Pilah, meskipun sudah membuat pengisytiharan taubat.

Difahamkan, kumpulan itu dikatakan merekrut ahli baru terdiri daripada wanita menerusi aplikasi Whatsapp, malah dipercayai akan mengembangkan ajaran sehingga ke Indonesia.

Bagaimanapun, kegiatan bekas pensyarah sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu terbongkar susulan serbuan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), hari ini hasil risikan sejak tiga tahun lalu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, wanita berusia 60 tahun itu yang digelar 'ummi' ditahan bersama 17 pengikutnya ketika sedang menyampaikan 'kuliah' ajarannya.

"Ajaran disampaikan wanita itu sudah difatwakan haram oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Malah wanita itu juga sudah dipanggil JAKIM sebelum ini dan membuat pengisytiharan taubat, namun hasil risikan dan pemeriksaan lanjut mendapati ia masih meneruskan ajaran itu kepada pengikutnya," katanya ketika ditemui di Pejabat Penguatkuasa JHEAINS, di sini, hari ini.

Ahmad Zaki berkata, kesemua yang ditahan adalah wanita berusia antara 20 tahun hingga 60 tahun yang kebanyakannya suri rumah dan tinggal di luar Negeri Sembilan.

"Hasil siasatan awal mendapati, majlis ilmu disampaikan wanita itu kebanyakannya diadakan pada waktu siang.

"Berdasarkan risikan, pengikut kanan ajaran ini merekrut pengikutnya melalui aplikasi Whatssap dan Telegram dengan cara menjemput golongan wanita menghadiri sesi kuliah yang diadakan.

"Sebenarnya ajaran ini mempunyai pengikut yang ramai di seluruh negara dan dipercayai cuba mengembangkannya ke Indonesia susulan penemuan dokuman memorandum persefahaman dengan beberapa sekolah pondok di sana,"katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu berkaitan dengan ajaran meragukan dan Seksyen 53enakmen yang sama berkaitan dengan kesalahan Mengajar AgamaTanpa Tauliah.

Malah, beliau mengesahkan penahahan seramai 17 individu terbabit untuk siasatan lanjut.

"Saya berharap umat Islam khususnya di Negeri Sembilan supaya berhati-hati untuk mengikuti ilmu yang disampaikan oleh mana-mana penceramah atau guru dan pastikan mereka mempunyai tauliah supaya tidak menyeleweng daripada ajaran agama Islam ," katanya.

Media pada 2021 melaporkan pengasas ajaran itu dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebelum tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.

Dr Wan Maseri Wan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.

Tiada ulasan: