"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa kata walaun: PM Anwar mungkin dikenang sebagai bapa saman negara - MP Pendang

Zikri Kamarulzaman

PARLIMEN | Seorang ahli parlimen PAS yang sedang berdepan tindakan undang-undang daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyindir pengerusi PH itu.

Awang Hashim (Perikatan Nasional-Pendang) menyoal jika perdana menteri "tidak boleh terima kritikan, sangat halus jiwanya cepat goyah."

"Saya risau nanti rakyat kenal (ahli parlimen) Tambun sebagai perdana menteri bapa saman negara.

"Amalkan budaya fear mongering, menakutkan orang yang menegur," dakwanya ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini.

Awang berkata demikian semasa membahaskan Belanjawan 2023.

Anwar telah mengeluarkan dua surat tuntutan terhadap ahli parlimen itu atas dakwaan fitnah.

Surat tuntutan pertama, atas kenyataan Awang minggu lalu yang menggelar Anwar sebagai perdana menteri yang lebih pendendam berbanding musuh ketatnya Dr Mahathir Mohamad.

Ini selepas Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan didakwa atas tuduhan rasuah oleh SPRM.

Ahli Parlimen Pendang Awang Hashim.
Surat tuntutan kedua adalah mengenai ahli parlimen PAS itu yang dilaporkan mempersoalkan kesahihan Anwar sebagai perdana menteri.

Dalam ucapannya hari ini, Awang berkata menjadi tugas pembangkang untuk bersuara terhadap perdana menteri - yang dakwanya dikelilingi oleh 'kaki ampu'.

Tiada ulasan: