"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk, cucu, mati dibaham pak belang

Agensi

New Delhi: Seorang petani di India berusia 75 tahun maut dibunuh harimau, 12 jam selepas cucunya turut mati dibaham haiwan itu.

The National News melaporkan, insiden di negeri selatan Karnataka itu adalah yang terbaru dalam siri serangan haiwan di negara itu.

Petani itu, Raju, meninggal dunia selepas harimau itu menarik kepala mangsa di sebuah ladang di kampung Palleri, wilayah Kodagu.

Dia sebelum itu pergi untuk membuang air besar - amalan biasa di pedalaman India - di mana tandas jarang ditemukan.

Mayat warga emas ditemukan kira-kira 200 meter dari tempat mayat cucunya, Chethan.

Chethan diserang pada Ahad ketika mengutip buah kopi di tapak ladang kira-kira tiga kilometer dari Rizab Harimau Nagarahole.

Rizab merangkumi 820 kilometer persegi antara wilayah Kodagu dan Mysuru di negeri ini dan rumah kepada 125 harimau, salah satu populasi terbesar di negara ini.

Insiden itu mencetuskan ketakutan dalam masyarakat, dengan penduduk mengadu mengenai seekor harimau membaham haiwan peliharaan.

Pegawai hutan berkata, mereka akan meronda di kampung untuk mencari harimau 'pemakan manusia' dan doktor haiwan bersiap sedia untuk menenangkan haiwan itu.

Lima gajah digunakan dalam operasi yang membabitkan kira-kira 150 kakitangan lapangan untuk mencari haiwan itu.

Pihak berkuasa juga memasang 25 perangkap kamera untuk mengenal pasti harimau itu.

India adalah rumah kepada lebih 70 peratus harimau liar dunia.

Walaupun haiwan itu adalah spesies yang dilindungi, ia sering terpaksa berpindah dari tempat perlindungan dan hutan serta sesat ke kawasan berpenduduk.

Lebih 100 orang terbunuh dalam serangan harimau di India antara 2019 dan 2021, mengikut angka rasmi.

Tiada ulasan: