"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak lemas di taska, pengetua didakwa esok

FMT Reporters
Tangkap layar video tular di TikTok menunjukkan ibu bapa kepada V Thanes Nair berjalan kaki ke IPD Ipoh bagi mendesak tindakan diambil atas kematian anak lelaki mereka.
PETALING JAYA: Seorang guru besar sebuah taska di Ipoh akan didakwa di Mahkamah Majistret esok selepas seorang kanak-kanak dalam jagaannya ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam kolam renang.

Ketua Polis Daerah Ipoh Yahaya Hassan berkata, wanita berusia 58 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 33(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mengabaikan dan cuai menjaga kanak-kanak.

“Kita menahan seorang wanita berumur 58 tahun, yang merupakan guru besar taska berkenaan di IPD Ipoh dan akan didakwa esok,” katanya lapor Bernama.

Yahaya juga menafikan dakwaan polis tidak menjalankan siasatan secara telus kes melibatkan kematian kanak-kanak itu seperti yang tersebar di media sosial.

“Pihak polis memandang serius terhadap dakwaan tidak berasas dan penyebaran maklumat palsu melalui media sosial,” katanya.

Semalam FMT melaporkan, ibu bapa kepada V Thanes Nair yang ditemukan lemas dalam kolam renang di sebuah taska kini menuntut keadilan atas kematian anak mereka.

Dalam satu video di TikTok, pasangan itu dikatakan berjalan kaki dengan berkaki ayam dari sebuah taska di Bandar Sri Klebang di Perak ke IPD Ipoh. Mereka juga membawa sepanduk dengan mesej “Justice for Thanes” (keadilan untuk Thanes).

Pada April lalu, ibu mangsa D Nilaveni mendakwa pihak taska sebagai cuai ketika menjaga Thanes pada hari pertama dihantar ke situ.

Kanak-kanak itu dilaporkan lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam renang yang terletak berhampiran premis berkenaan pada 18 April lalu sebelum meninggal dunia enam hari kemudian.

Tiada ulasan: