"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa durjana rogol 2 anak kandung, seorang hamil

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Muar: Gelaran bapa durjana layak diberikan seorang lelaki kerana sanggup 'meratah' dua anak kandungnya sejak enam tahun lalu hingga salah seorang daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai merogol kedua-dua anaknya berusia 12 dan 15 tahun sejak 2017 di sebuah rumah dekat Jeram di sini.

Suspek didakwa merogol salah seorang mangsa sejak mereka berusia sembilan tahun dan perbuatan itu dikatakan kerap kali berlaku di rumahnya.

Sepanjang tempoh berkenaan, dua beradik itu dipercayai sering dijadikan hamba seks bapa mereka dengan kejadian terakhir berlaku awal bulan ini.

Difahamkan, mangsa tidak berani menceritakan kejadian terbabit kepada sesiapa sehinggalah perbuatan keji bapanya terbongkar kelmarin, selepas mangsa berusia 15 tahun mengadu sakit dada sebelum menjalani pemeriksaan di hospital.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata hasil pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa sebenarnya sedang hamil.

Beliau berkata, berikutan itu satu laporan polis dibuat dan suspek ditangkap semalam untuk siasatan lanjut.

"Suspek direman seminggu bermula semalam. Polis sedang merekodkan keterangan mangsa untuk melengkapkan siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan maksimum 10 sebatan, jika sabit kesalahan," katanya.

Tiada ulasan: