"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KPM siasat dakwaan murid digigit guru di Pantai Timur

FMT Reporters

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyiasat dakwaan seorang murid terganggu emosi hingga enggan ke sekolah kerana digigit guru di sebuah sekolah di Pantai Timur.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata KPM tindakan sewjarnya akan diambil jika ada kes sebegitu.

“Ingin saya tegaskan bahawa KPM tidak sesekali berkompromi dalam apa jua isu,” katanya menurut Berita Harian selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Jaya di Butterworth, Pulau Pinang.

Lim mengulas dakwaan seorang ibu bahawa anak lelakinya berusia enam tahun digigit seorang guru sehingga mentalnya terganggu.

Wanita itu dalam catatan di media sosialnya hairan anaknya sering bertanyakan soal cuti sekolah dan tidak ceria seperti selalu.

Pada mulanya, beliau beranggapan anaknya menjadi mangsa buli sebelum mendengar kisah anaknya digigit seorang guru lelaki.

Wanita itu turut mendakwa beberapa murid lain turut digigit guru terbabit, seperti di mulut, telinga, dan tangan.

Dalam perkembangan lain, Lim berkata, KPM sedang menyiasat dakwaan wujud elemen buli dalam kejadian seorang pelajar mencekik adiknya hingga mati di Melaka.

Tegasnya, KPM tidak pernah berkompromi dengan buli serta keganasan, dan tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat keputusan.

Tiada ulasan: