"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tu dia pegawai bank pun boleh kena scam Pegawai bank rugi RM100,000

Bernama

KUANTAN: Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM102,700 selepas terpedaya dengan sindiket pelaburan saham tidak wujud menerusi Facebook bulan lalu.

Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata lelaki berusia 32 tahun itu melayari sebuah iklan di laman sosial tersebut yang menyatakan akan memberi beberapa buku pelaburan secara percuma.

“Mangsa diminta memasukkan maklumat peribadi di pautan yang diberi melalui aplikasi WhatsApp dan selepas menekan pautan diberikan ia membawa ke aplikasi sistem trade saham.

“Sejurus itu, suspek menawarkan pelaburan saham di satu platform dan memaklumkan akan menerima keuntungan sebanyak 30% selepas melabur sebanyak RM100,000,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata akibat terpengaruh dengan tawaran keuntungan yang lumayan, mangsa melakukan “pelaburan” menggunakan wang simpanannya dengan melakukan 12 kali transaksi ke enam akaun bank yang berlainan dalam tempoh tiga minggu.

Katanya lelaki itu yang kemudian menyedari dirinya terpedaya membuat laporan di IPD Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Sementara itu, Yahaya menasihatkan orang ramai tidak mudah percaya dengan pelaburan menjanjikan pulangan lumayan dalam masa singkat.

Beliau berkata, syarikat atau individu yang tidak diberi lesen atau kebenaran Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti tidak boleh menerima deposit daripada mana-mana pihak.

Tiada ulasan: