"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berang dituduh ambil dadah, suami disyaki bakar isteri

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang lelaki sanggup membakar isterinya hingga mati hanya kerana tidak berpuas hati dituduh mengambil dadah dalam kejadian di Kampung Bharu, Manjung, Isnin lalu.

Ketua Polis Manjung Mohamed Nordin Abdullah, berkata suspek berusia 28 tahun berjaya diberkas semalam di sebuah restoran di Lumut selepas menerima laporan kejadian.

Katanya, kes itu dilaporkan sendiri kakak suspek yang menyatakan adiknya bertindak membakar mangsa.

“Mangsa berusia 33 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung, hari ini, pada 12.20 tengah hari” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari sehingga 18 Julai bagi siasatan lanjut.

Nordin berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati.

Tiada ulasan: