"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi setahun 10 bulan positif dadah, ibu ditahan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan polis selepas bayinya berusia setahun 10 bulan didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Suri rumah berusia 22 tahun itu ditahan susulan laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping semalam.

Ketua Polis Taiping, Razlam Ab Hamid, berkata bayi perempuan itu dikatakan dihantar ke rumah neneknya oleh ibunya yang ingin membeli barang.

“Ketika mahu tidur, mangsa tiba-tiba menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal menyebabkan ibu mangsa membawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, polis menahan ibu mangsa dan ujian saringan awal air kencing mendapatinya positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Difahamkan bayi itu kini dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital.

Tiada ulasan: