"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanusi: Saya tawar sokong Mukhriz kekal MB pada 2020

Joel Shasitiran

PETALING JAYA: Sanusi Nor mendakwa beliau menawarkan sokongan PAS kepada menteri besar Kedah ketika itu Mukhriz Mahathir selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Bercakap dalam podcast “Keluar Sekejap”, Sanusi yang dilantik sebagai menteri besar pada Mei 2020 berkata, beliau tiada hasrat mengambil alih jawatan itu daripada Mukhriz.

“(Selepas PRU14) Yang menang dalam kalangan Adun, saya ada pengalaman sikit dalam pentadbiran kerajaan, jadi saya dilantik ketua pembangkang.

“Ramai tak tahu, saya pergi ‘offer’ Mukhriz. Saya bukan nak jatuhkan dia pun. Saya kata Datuk Seri, saya bawa mandat PAS. Datuk Seri beri sokongan pada Muhyiddin Yassin (sebagai perdana menteri), 15 kerusi PAS ni sokong Datuk Seri kekal menteri besar,” katanya.

Bagaimanapun, pengarah pilihan raya PAS itu berkata Mukhriz tidak memberi sebarang jawapan kepadanya.

“Nampak macam beliau (Mukhriz) tidak bersetuju dengan cadangan itu,” katanya.

Sanusi berkata, beliau tidak pernah terfikir menjadi menteri besar selepas dipilih sebagai Adun Jeneri buat kali pertama pada 2018.

Katanya, beliau berkawan dengan ramai orang ketika menjadi setiausaha politik kepada menteri besar Kedah ke-10, Azizan Abdul Razak yang memegang jawatan itu dari 2008 hingga 2013.

“Mungkin PAS beranggapan saya mempunyai pengalaman. Saya berkawan dengan ramai orang ketika menjadi setiausaha politik…daripada pemandu, tukang sapu hingga kepada menteri besar saya jaga.

“Mungkin itu penilaian yang dibuat PAS. Saya tidak pernah bermimpi, terlintas dalam fikiran pun tidak (untuk menjadi menteri besar),” katanya.

Tiada ulasan: