"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 mayat ‘bertatu’ dibungkus kanvas ditemui

FMT Reporters

PETALING JAYA: Dua mayat lelaki bertatu dipercayai dibunuh ditemui dalam kanvas yang diikat menggunakan tali kabel, di Jalan Kampung Ujong Padang, Melaka.

Mayat tanpa pengenalan diri itu ditemukan kira-kira 9 pagi oleh seorang penghantar barang runcit.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit, berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada tatu yang terdapat pada tubuh dua si mati mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

“Kita menemui tatu di anggota badan, namun ia pudar dan siasatan lanjut sedang dilakukan sama ada ia berkaitan dengan kes pembunuhan ini.

“Satu mayat dijumpai dalam keadaan lengkap berpakaian dengan berbaju T hitam dan berseluar pendek, manakala di sebelahnya mayat lelaki tidak berpakaian dan hanya berseluar pendek

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-duanya dan kita percaya mereka ini dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di tepi jalan dekat sini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Christopher berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Kita percaya kedua-dua lelaki ini telah dibunuh sekitar tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuh badan mereka,” katanya.

Tiada ulasan: