"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bayi perempuan maut dilanggar 4×4 dipandu sepupu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bayi perempuan berusia setahun lima bulan maut dilanggar pacuan empat roda dipandu sepupunya di Kampung Darat Kolam, Kerteh, malam tadi.

Mangsa Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang parah di kepala disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 10.30 malam.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan dipandu sepupunya iaitu wanita berusia 19 tahun.

“Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

“Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

“Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayat dihantar ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: