"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Elok diam jika kamu belum lahir pada 13 Mei 1969, kata jeneral bersara

Shahrul Shahabudin

KUALA LUMPUR: Seorang pesara tentera Arshad Raji menyelar ahli politik menggunakan rusuhan kaum 13 Mei untuk cuba meraih sokongan buat parti mereka.

Presiden Persatuan Patriot Kebangsaan itu berkata, ramai ahli politik yang membangkitkan topik itu secara peribadi tidak terjejas dengan tragedi berdarah itu.

“Pada mereka ini, saya nak tanya, di mana kamu pada 13 Mei 1969? Kalau kamu belum lahir, elok diam saja,” katanya pada sidang media di sini.

Beliau kesal pihak tertentu membangkitkan tragedi itu untuk menyalahkan orang lain, ketika ratusan orang terkorban dalam rusuhan terbabit.

Arshad memberi amaran kepada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan rusuhan itu terhadap musuh politik mereka yang boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam masyarakat inginkan perdamaian.

“Sebagai bekas tentera serta rakan-rakan saya dalam Patriot, kami tidak sanggup lihat negara terjerumus dalam kancah rusuhan kaum dan konflik bersenjata. Ketika berkhidmat, kami sentiasa berdepan situasi mencemaskan, antara hidup dan mati.”

Beliau turut mengumumkan penubuhan Gabungan Patriotisme dan Perpaduan Kebangsaan (GPPK) yang diketuainya serta dianggotai 61 NGO di Semenanjung Malaysia.

Kumpulan itu berhasrat melihat rakyat Malaysia hidup secara harmoni dan terus memupuk persefahaman serta toleransi antara satu sama lain.

Semalam, Lim Kit Siang menghantar surat saman kepada bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa atas dakwaan mengaitkan veteran DAP itu dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969 dan menuduhnya mengapi-apikan isu perkauman.

Annuar yang kini bersama PAS dilaporkan berkata, beliau akan menyaman kembali Lim kerana menuduhnya mula membuat tuduhan liar, tidak masuk akal dan tidak berasas.

Tiada ulasan: