"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

6 rumah terbakar, 10 hilang tempat tinggal

Mary Victoria Dass
am@hmetro.com.my
 KEADAAN rumah hangus terbakar di Lorong 3, Bandar Kulai hari ini. FOTO Ihsan Bomba
KEADAAN rumah hangus terbakar di Lorong 3, Bandar Kulai hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Kulai: Kira-kira 10 mangsa kebakaran yang menghuni di enam rumah berjaya menyelamatkan diri apabila tempat tinggal mereka terbakar di Lorong 3, Bandar Kulai di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah meneruskan talian MERS999 pada jam 11 pagi.

Beliau berkata, kebakaran membabitkan rumah yang dihuni sekumpulan warga asing terletak di hadapan Pasaraya Cowboy di sini.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kulai dan Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dengan kekuatan 20 anggota ke lokasi kejadian termasuk pasukan bomba sukarela (PBS) Kulai Besar dan PBS Senai dengan kekuatan sepuluh anggota.

"Kebakaran membabitkan enam rumah jenis separuh kekal.

"Mujur kira-kira 10 mangsa kebakaran sempat menyelamatkan diri apabila menyedari rumah mereka terbakar.

"Ia berikutan hampir keseluruhan ruangan kesemua rumah berkenaan musnah," katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 12 tengahari hari ini.

"Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

"Operasi tamat pada 4 petang hari ini," katanya menerusi siaran media hari ini.

Tiada ulasan: