"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘Sanusi tak hadir ceramah mega PN untuk elak perangkap’

Malaysiakini

Ketiadaan Ketua Pengarah Pilihan Raya PN pada ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di padang awam Taman Ria, di Sungai Petani, malam tadi adalah untuk tidak masuk perangkap yang dipasang oleh musuh.

Mengikut poster yang dikongsi di media sosial, menteri besar Kedah itu sepatutnya menyampaikan ceramah dan berkempen bersama beberpa pemimpin PN yang lain.

Bagaimanapun, malam tadi, ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden mengumumkan bahawa Sanusi tidak dapat hadir.

“Saya nak baca kertas ini tulis berita yang menyedihkan. Pagi tadi (semalam) Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Dalam mesyuarat tersebut dibincang beberapa perkara penting, perkara besar. Daripada itu dinasihatkan beliau tidak meneruskan ceramahnya pada malam ini.

“Ini kerana ada perangkap yang dipasang oleh musuh, perangkap itu menghendaki Menteri Besar kita masuk ke dalam itu, (kemudian) dia pegang dan buat sesuatu kita tak jangka, jadi dalam waktu ini kita kena bersedia segala kemungkinan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Sanusi sedang berdepan dengan tindakan undang-udang daripada kedua-dua Pengerusi Pakatan Harapan Selangor Amirudin Shari dan juga Berjaya Land Berhad.

Sebelum ini, dia menuduh Amirudin terlibat "skandal" dengan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan dalam projek projek Gerbang Maritim Selangor.

Sanusi menegaskan bahawa dia mempunyai bukti berhubung dakwaannya dan akan mengemukakannya di mahkamah.

Kelmarin, Sanusi juga dilaporkan tidak hadir ke program Sembang Santai Bersama calon PN DUN Lunas dan Merbau Pulas yang berlangsung di Padang Awam Taman Serai Wangi di Padang Serai.

Sementara itu, Afnan Hamimi meminta semua penyokong PN agar bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini.

“Macam-macam benda yang dahsyat dan tuan-tuan kena bersedia dari sudut menjaga kubu. Kedua kita juga kena ingat kemenangan ini Tuhan bagi, jangan tinggal solat hajat doakan keselamatan MB kita, calon-calon dan semua orang sebab pergantungan dengan Allah akan menentukan kemenangan pada 12 Ogos ini.

“Oleh kerana MB tak dapat hadir, maka kita tunggu kemunculan dia dan perjuangan dia akan diteruskan. Insya-Allah kalau tak jumpa malam ini, kita akan sambut dan jumpa dia pada 12 Ogos nanti. Kita akan rai kemenangan dan akan kembali tabal (Sanusi) sebagai MB setelah mencapai kemenangan,” katanya lagi.

Tiada ulasan: