"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Calon PAS disiasat berkait dakwaan pikat isteri orang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menyiasat seorang calon PAS PRN Terengganu mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan bersuami dengan niat jenayah.

Ketua Polis Terengganu, Mazli Mazlan, berkata ahli politik itu juga sudah dipanggil untuk direkodkan kenyataan.

Beliau berkata, bagaimanapun siasatan masih di peringkat awal.

“Laporan sudah diterima dan siasatan sedang dijalankan polis,” katanya menurut Astro Awani.

Mazli berkata, Seksyen 498 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: