"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Abduh tamatkan 'puasa' politik selepas 2 minggu

Malaysiakini 

Nampaknya 'puasa' anak lelaki bekas menteri besar Kelantan, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, tidak berpanjangan

Ketika detik pilihan raya negeri (PRN) hanya berbaki tiga hari lagi bekas ketua Pemuda PAS Malaysia itu mengumumkan 'puasa' politiknya berakhir.

"Saya berbuka puasa.

"Payah puasa politik rupanya. Kelat mulut," katanya ringkas melalui kenyataan di media sosial.

Untuk rekod Nik Abduh mengumumkan dia 'berpuasa' daripada kegiatan politik pada 31 Julai lalu, bermakna dia hanya menahan diri daripada kegiatan tersebut kira-kira dua minggu saja.

Langkah Nik Abduh itu diambil tidak lama selepas namanya tidak disertakan sebagai salah seorang calon PAS-PN bagi menghadapi PRN Kelantan.

Sebelum itu dia dilaporkan berminat untuk bertanding namun menyasarkan hanya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka - yang pernah diwakili bapanya, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ekoran namanya tidak dicalonkan, adik Nik Abdul Aziz yang juga bapa saudara Nik Abduh, Nik Din Nik Mat, menggesa orang ramai tidak memberikan undi kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah, yang bertanding di DUN Panchor.

Mohd Amar merupakan Yang Dipertua PAS Pengkalan Chepa. Kawasan tersebut mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Chempaka, Panchor dan Kijang.

Mohd Amar yang juga naib presiden PAS menafikan dia berperanan menghalang Nik Abduh menjadi calon kali ini.

Tiada ulasan: