"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan bakal tumbang? Penyokong PN makin mengarut

HarapanDaily.com
Kerajaan bakal tumbang? Penyokong PN makin mengarut
SITI NUR ZAWANI 

Penyokong pembangkang sehingga kini masih lagi menyebarkan propaganda kononnya Kerajaan Perpaduan bakal tumbang dalam masa terdekat walaupun sudah berkali-kali jangkaan mereka meleset.

Bahkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan Pusat akan bertukar Jumaat ini selepas beberapa kali tarikh yang digembar-gemburkan, tidak berlaku apa-apa.

Sudah lebih setahun sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai pentadbiran negara, namun ura-ura Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah cuma dilihat sebagai persepsi yang dimainkan laskar siber.

Terbaru, salah satu akaun pro PN mendakwa Rafizi Ramli pada 25 Disember lalu telah bertemu dengan dua orang ‘Tun’ untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri.

Perkara itu turut menarik perhatian Rafizi yang menganggap propaganda mereka semakin mengarut.

“Makin mengarut dah ni. Satu hari 25 Disember aku duduk rumah melayan 11 Tun.

“11 kucing-kucing aku yang melantun dekat rumah,” balas Rafizi sambil meletakkan emoji gelak.

Sementara itu menerusi satu kumpulan di Telegram, pelbagai andaian ditimbulkan antaranya kerajaan bakal bertukar pada jam 5 petang ini.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan pula dalam ciapan di X berkata, ada pihak yang sedang membiayai laskar upahan cyber untuk terus membawa propaganda ‘kerajaan tumbang’, walaupun hakikatnya tiada apa berlaku.

“Nasihat saya, abaikan sahaja mereka. Habis dana, senyap la mereka,” ciapnya.

Tiada ulasan: