"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

‘MB kami sempoi layan karaoke di TikTok ‘live’ pukul 2 pagi’

HarapanDaily.com
‘MB kami sempoi layan karaoke di TikTok ‘live’ pukul 2 pagi’
Tular di media sosial paparan imej Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat layan karaoke di TikTok live ketika jam sudah pukul 2 pagi.

Rata-rata ‘teruja’ melihat penampilan pemimpin Pas yang dianggap ‘sempoi’ menyanyi dengan seorang wanita muda dan cantik menerusi platform itu.

Ada yang berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkemungkinan akan melakukan solat sunat taubat, tahajud dan witir selepas berkaraoke.

“MB kami sempoi layan karaoke di TikTok live pukul 2 pagi’

“Bersangka baik lepas karaoke dia buat solat taubat, tahajud dan witir. Kuat dakwah MB kami ni.

“Jangan hina hulamak kami. Dia berzanji tu. Husnuzon, ok,” demikian antara komentar netizen.

Tiada ulasan: