"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Saya nampak dia heret mayat ke belakang rumah'

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my
Gombak: "Saya nampak dia heret mayat mangsa ke belakang rumah," kata saksi kejadian kes bunuh di Kampung Sungai Choh, Rawang, semalam.

Ismail, 30-an berkata, dia mendengar bunyi seperti orang bergaduh dari rumah suspek sejak awal pagi namun tidak mengendahkanya kerana mendakwa jirannya itu kerap bergaduh.

"Mereka tinggal di sini sudah agak lama. Orang-orang kampung mengenali keluarga suspek tetapi tidak masuk campur urusan mereka," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, selepas bunyi bising itu berlarutan, dia mengambil keputusan untuk menjenguk ke rumah jirannya itu dan ternampak mangsa mengalami kecederaan teruk.

"Saya nampak mereka memukul mangsa malah salah seorang suspek lelaki mengajak saya untuk menyertainya memukul mangsa.

"Saya tidak mengenali mangsa, kami tidak pernah nampak dia di sini mungkin dia orang luar kerana adik-beradik suspek ini yang disini semuanya kami kenal," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Fir, 35, memberitahu, dia turut mendengar bunyi kekecohan dari kediaman suspek sejak pagi namun menganggap itu perselisihan faham biasa antara keluarga itu.

Katanya, ketika berehat di hadapan rumah selepas pulang dari kerja dia terlihat salah seorang suspek menaiki motosikal dengan membawa cangkul dan penyodok kira-kira 5 petang.

"Saya pulang dari kerja 4.30 petang macam itu kemudian duduk berehat di hadapan rumah dan terlihat adik perempuan suspek menaiki motosikal sambil membawa cangkul.

"Selalunya dia akan tegur 'bossku' begitu tetapi kali ini dia terus sahaja berlalu pergi, tetapi saya tidak lah mengesyaki apa-apa," katanya.

Katanya, tidak lama kemudian dia dimaklumkan oleh jirannya bahawa mangsa dibelasah dengan teruk sehingga separuh mati di lorong belakang rumah suspek.

"Saya pun pergi ke rumah suspek dengan niat untuk meredakan keadaan tetapi bila sampai keadaan sudah senyap sunyi.

Katanysa, sebelum sempat mereka melaporkan kejadian itu kawasan berkenaan sudah dipenuhi dengan anggota polis selepas laporan diterima daripada isteri salah seorang suspek.

Katanyanya, mayat mangsa ditanam di dalam sebuah lubang cetek yang digali di kawasan belukar kira-kira 50 meter daripada rumah suspek.

"Kami semua agak terkejut dengan kejadian ini dan tidak menyangka mereka tergamak melakukan perbuatan itu.

"Ini kali pertama kejadian seperti ini berlaku di sini. Di sini setiasa aman dan tenang sahaja kerana penduduk tanah lot ini tidak ramai pun," katanya.

--------

Kes bunuh, tanam belakang rumah: 3 ditahan, 4 diburu

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
harisfadli@hmetro.com.my

PASUKAN polis melakukan penyiasatan di lokasi kejadian. FOTO Ihsan Pembaca
Gombak: Tiga sekeluarga ditahan disyaki terbabit pembunuhan seorang lelaki yang ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang di sini, malam tadi.

Ketiga-tiga suspek yang membabitkan dua lelaki berusia 29 dan 33 tahun serta seorang wanita berusia 32 tahun itu ditahan di kediaman mereka di kampung terbabit selepas polis menerima laporan kejadian kira-kira 11.25 malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara mangsa dengan teman wanitanya yang juga adik perempuan kepada suspek.

"Mangsa datang (ke lokasi kejadian) bersama empat individu sebelum berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa dipukul menggunakan kayu, botol kaca dan tong besi sehingga mati.

"Selain daripada tiga suspek yang ditahan, polis masih mengesan empat suspek (individu membawa mangsa ke lokasi kejadian) yang masih bebas iaitu dua lelaki dan dua wanita," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Terdahulu maklumat awal diterima Harian Metro melaporkan kejadian berlaku akibat perselisihan faham antara dua beradik, bagaimanapun polis mengesahkan ia berpunca akibat salah faham pasangan kekasih yang berakhir dengan kematian seorang daripada mereka.

Mayat mangsa ditanam di belakang rumah keluarga itu sebelum wanita berusia 27 tahun yang juga isteri kepada seorang daripada suspek membuat laporan polis pada 11.25 malam tadi.

Mengulas lanjut, Noor Ariffin berkata, berdasarkan laporan, pada 5 petang, pengadu terdengar perbualan antara suami dan abang iparnya yang meminta tolong untuk menanam satu mayat.

"Siasatan awal polis menjumpai mayat lelaki tanpa pengenalan diri yang dipercayai warga tempatan ditanam dalam satu kawasan belukar," katanya.

Menurutnya, kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tiada ulasan: