"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Letup mercun depan masjid dan serang anggota polis di perarakan, Tujuh pekerja Hindu ditahan

The Merdeka Times

TERKINILetup mercun depan masjid dan serang anggota polis di perarakan, Tujuh pekerja Hindu ditahan
Tujuh pekerja Hindu ditahan pihak berkuasa kerana sengaja meletupkan mercun di hadapan masjid dan menyerang anggota polis semasa perarakan Datta Maladhari di Chikkamagaluru, Karnataka pada Sabtu lalu.
  • Tujuh pekerja Hindu ditahan pihak berkuasa kerana sengaja meletupkan mercun di hadapan masjid dan menyerang anggota polis semasa perarakan Datta Maladhari di Chikkamagaluru, Karnataka pada Sabtu lalu.
  • Individu terbabit ialah Nagaraja, Sathish, Bannur Naveen, Tudukuru Manja, Prajwal, Manja Haandi dan Sunil Haandi serta beberapa yang lain.
  • Menurut laporan, perarakan dianjurkan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) bagi sambutan Dattatreya Jayanthi di bandar Aldur pada Sabtu itu sepatutnya berjalan dengan aman.
  • Bagaimanapun, peserta perarakan itu dilaporkan cuba meletupkan mercun di depan masjid ketika perarakan dan terlibat dalam pergaduhan yang menyebabkan kecederaan terhadap beberapa anggota polis.
INDIA – Tujuh pekerja Hindu ditahan pihak berkuasa kerana sengaja meletupkan mercun di hadapan masjid dan menyerang anggota polis semasa perarakan Datta Maladhari di Chikkamagaluru, Karnataka pada Sabtu lalu.

Individu terbabit ialah Nagaraja, Sathish, Bannur Naveen, Tudukuru Manja, Prajwal, Manja Haandi dan Sunil Haandi serta beberapa yang lain.

Menurut laporan, perarakan dianjurkan Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) bagi sambutan Dattatreya Jayanthi di bandar Aldur pada Sabtu itu sepatutnya berjalan dengan aman.

Bagaimanapun, peserta perarakan itu dilaporkan cuba meletupkan mercun di depan masjid ketika perarakan dan terlibat dalam pergaduhan yang menyebabkan kecederaan terhadap beberapa anggota polis.

“Ketika mengadakan perarakan aman di hadapan masjid kira-kira jam 8 malam, pegawai kami memberi amaran kepada aktivis untuk tidak meletupkan mercun,” kata Inspektor Polis Aldur M Sathyanarayana dipetik Hindustan Times pada Isnin.

Kesemua mereka dituduh di bawah Seksyen 286 (Tindakan cuai berkaitan dengan bahan letupan), Seksyen 332 (Melakukan kecederaan secara sukarela kepada seorang pegawai awam untuk menghalang tugas), Seksyen 353 (Kekerasan jenayah untuk menghalang seorang pegawai awam melaksanakan tugasnya) dan Seksyen 149 (Objek bersama dengan perhimpunan haram) Kanun Keseksaan India (IPC).

Sumber: The Hindustan Times

Tiada ulasan: