"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja maut terjatuh dari tingkat 34

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pelajar universiti maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 34 sebuah kondominium di Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru malam tadi.

Kejadian dikatakan berlaku ketika remaja berusia 18 tahun itu mahu mengambil pakaiannya di balkoni.

Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata polis menerima laporan kejadian pada 8.17 malam.

Menurutnya, mayat remaja itu ditemukan di tingkat bawah bangunan setinggi 39 tingkat berkenaan.

“Hasil soal siasat dua saksi kejadian mendakwa remaja terbabit ingin mengambil sehelai baju-T yang terjatuh di kaki lima balkoni.

“Dia dikatakan bertindak memanjat sebuah meja dan kemudian memanjat pagar balkoni. Mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh ke bawah,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Noor Dellhan berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Tiada ulasan: