"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Larikan trak tentera, rempuh orang awam hingga maut

Bernama-Xinhua
Keadaan kemalangan selepas seorang lelaki melarikan trak tentera dan merempuh orang ramai. FOTO Davao City Police Office
Keadaan kemalangan selepas seorang lelaki melarikan trak tentera dan merempuh orang ramai. FOTO Davao City Police Office
Manila: Seorang lelaki melarikan trak tentera yang diletakkan di luar pasar di Davao City, selatan Filipina sebelum merempuh orang ramai hingga menyebabkan dua orang maut dan tiga lagi cedera, lapor Xinhua.

Menurut polis, trak tentera itu diletakkan di tepi jalan dalam keadaan enjinnya masih hidup.

Seorang lelaki dan seorang wanita maut di tempat kejadian manakala sebuah kereta dan dua motosikal rosak.

Suspek telah ditahan polis.

Tiada ulasan: