"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

40% dengan 60% PAS tak tahu yang mana lebih banyak?

HarapanDaily.com
Patutlah Pas kata dah cukup jomlah, tak pandai mengira rupanya
Patutlah Pas kata dah cukup jomlah, tak pandai mengira rupanya

BORHAN AHMAD 

Tindakan Pas menyatakan bahawa dua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak sebagai kawasan majoriti bukan Melayu dijawab sinis oleh ahli parlimen kawasan berkenaan.

Menteri Komunikasi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau sendiri tidak faham macam mana cara Pas membuat kiraan.

“Saya tak faham macam mana Pas kira majoriti. Macam mana 40% lebih banyak daripada 60% pulak ni?” kata Fahmi mengulas kenyataan Pas pusat bahawa kedua-dua kawasan itu adalah kawasan majoriti bukan Melayu.

“Patutlah dulu PH ada 82 kerusi, dia yang 74 kerusi pulak mengaku ada majoriti chukop jumlohh,” kata Fahmi menyindir Pas.

Melalui Twitter Pas Pusat, Pas mendakwa “Lembah Pantai dan Bandar Tun Razak adalah kawasan campuran yang majoritinya dikuasai oleh kaum selain Melayu.

“Pas WP tidak bercakap mengenai soal rasis (perkauman), tetapi apakah jaminan bahawa orang Melayu dapat kerusi dan suara majoriti bagi memastikan hak mereka terpelihara,” kata kenyataan itu.

Fahmi memberikan fakta yang menunjukkan kedua-dua kawasan Parlimen itu mempunyai majoriti orang Melayu.

Di Lembah Pantai, pengundi Melayu adalah 59.13 %, Cina (19.11 %) manakala India (17.16 %).

Di Bandar Tun Razak yang diwakili oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, jumlah pengundi Melayu adalah 62.10 peratus, Cina (26.85 %) manakala India (8.73%).

Tiada ulasan: